Aktiviti 2: Kelas Keusahawanan
Tarikh: 4 & 11/3/2022 Masa: 9.30 Pagi – 12 Tengah Hari Lokasi: PEDi Sungai Koyan 1 Peserta: 2 orang |
Tujuan:
Kelas ini dihadiri 2 orang peserta yang merupakan usahawan PEDi Sungai Koyan 1. Kelas ini diadakan untuk meningkatkan ilmu keusahawanan dan kemahiran berasaskan teknologi maklumat. Kelas ini juga dapat membimbing dan melahirkan usahawan mikro yang menggunakan teknologi digital supaya dapat berdaya saing.
Aktiviti:
Para peserta mempelajari cara untuk membuka perbankan internet seperti maybank2u, cimbcliks, dsb. Selain itu, usahawan juga mempelajari cara untuk memulakan perniagaan atas talian iaitu shopee, Lazada dsb.