USAHAWAN KECIL HARTANAH
Nama | : Hairunnisah Binti Ibrahim |
Umur | : 63 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Puan Hairunnisah usahawan kecil hartanah di daerah Kemaman.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Hairunniasah merupankan usahawan kecil yang mempunyai beberapa aset disekitar daerah Kemaman seperti rumah dan bangunan kedai. Kebiasaannya, beliau hanya mengiklankan aset yang perlu dijual/disewa melalui risalah dan lain-lain pengiklanan kovensional. Kaedah ini kurang relevan dengan pasaran semasa.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sedar akan kaedah pemasaran semasa, beliau ke PI KCC bagi mempelajari teknik pamasaran yang terkini, iaitu pemasaran/pengiklanan diatas talian. Terdapat banyak medium pemasaran yang dipelajari oleh beliau seperti, pengiklanan melalui media sosial dan sesawang e-commerce. Rata-rata pelanggan berpotensinya merujuk medium-medium tersebut bagi memenuhi keperluan mereka. Kini pengiklannya mendapat perhatian tinggi dan kos pengeluaran bagi pengiklanan dapat dikurangkan dengan drastik. Hasil dari latihan usahawan yang dijalankan di PI KCC, beliau mampu menghasilkan iklan secara diatas talian walaupun diketegori warga emas.
Walaupun telah menguasai banyak pengetahuan ICT, Puan Hairunnisah tetap berkunjung ke mini PI KCC bagi mendalami lebih banyak pengetahuan ICT yang luas. Selain dari kelas yang disediakan, beliau juga memerlukan kelengkapan ICT yang lain seperti komputer yang bersesuaian, internet berkelajuan tinggi dan mesin pencetakan bagi menyiapkan urusannya yang lain dipejabat daerah Kemaman.
BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK
Nama | : Zakaria @ Lokman Bin Othman |
Umur | : 68 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
En. Zakaria adalah pengunjung yang sering berkunjung ke pejabat daerah bagi urusan tertentu. Beliau yang sering kali sibuk dengan urusan lain mengurangkan beliau daripada aktiviti berkaitan ICT. Namun, beliau mempunyai banyak waktu terluang di pejabat apabila berurusan di pejabat ini. Pada waktu tersebut beliau dijemput ke Mini PI KCC bagi mendekati pengetahuan ICT yang terdapat di PI.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatannya di PI, En. Zakaria tidak mempunyai email peribadi, tidak cekap menaip dan tidak mampu untuk mencetak/menggunakan mesin pencetak. Sebarang borang pembiayaan atau dokumen yang diperlukan di atas talian dibantu dan dicetak oleh petugas PI1M. Beliau juga tidak mampu untuk menaip dengan cekap selain tidak boleh menggunakan peralatan ICT seperti mesin pencetak tanpa bantuan petugas.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Petugas telah memberi panduan kepada peserta mengenai teknik asas menggunakan teknologi email, perisian seperti Microsoft Word dan mencetak dengan menggunakan mesin mencetak di PI. Setelah melalui beberapa latihan dan bengkel ICT di PI, En. Zakaria telah dapat mahir menaip dengan cekap. Beliau kemudian mencetak dokumen tersebut tanpa bantuan petugas PI.