SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

 OBJEKTIF PENUBUHAN :
  •  Menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang mendapatliputan jalur lebar.
  • Masyarakat setempat mengikuti pelbagai kursus dan latihan berasakan ICT, mengambil bahagian dalam program untuk mengasah kemahiran dalam perniagaan e-dagang, serta aktiviti yang menggalakan penciptaan digitial, penyebaran dan penguasaan ilmu pengetahuan digital.
  • Meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan dalam kalangan masyarakat luar bandar dan miskin bandar.
  • Membimbing dan melahirkan usahawan mikro yang menggunakan teknologi digital, bagi mempergiatkan lagi tranformasi pendigitalan perniagaan ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 

 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
 
Setiap NADI menjalankan latihan dan perkhidmatan seperti berikut:
 
  • Latihan ICT, perkhidmatan fotokopi, mencetak dsb
  • Latihan keushawanan, latihan multimedia
  • e-pembelajaran
  • Latihan pemasaran, pembangunan perniagaaan,pembungkusan dan modul lain yang penting bagi usahwan mikro
  • Program kesedaran serta penglibatan komuniti sebagai usaha ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan.
 
 JUMLAH KEAHLIAN :
 
NADI Felda Sungai Koyan 1 baru memulakan operasi, kami mengalukan komuniti tempatan untuk mendaftar sebagai ahli dan menggunakan kemudahan/ perkhidmatan yang kami sediakan
 

  AHLI LAMA

474

  AHLI BARU BULAN 

34
 KESELURUHAN PADA  508
 
 
 KENALI PETUGAS NADI :


 
PENGURUS
  
Nama : Manirah binti Abdullah
Tarikh Berkhidmat: 2 Disember 2022
 
 
 
PENOLONG PENGURUS
 
Nama : Ezzatul Huda Binti Jamaluddin
Tarikh Berkhidmat: 5 Julai 2024