Terdapat beberapa kawasan perlancongan dan tempat bersejarah di sekitar Felda Sungai koyan 1 yang boleh dilawati dan diterokai, antaranya:
Jelai Inn Boutique Hotel
Kampung Kuala Medang
Kampung Kuala Medang terletak di tebing Sungai Jelai Kuala Lipis, Pahang. Bagi pelancong tempatan dan luar negara ingin merasai pengalaman kehidupan kampung sebenar dan mengamati gaya hidup masyarakat kampung yang masih mengamalkan tardisi dan budaya melayu, Kampung Kuala Medang boleh dijadikan salah satu pilihan anda.
Kuala Medang juga mempunyai keindahan sungai yang menenangkan hati. Jika berkunjung pada musim buah durian pula, Kuala Medang adalah kampung yang popular di Kuala Lipis untuk menikmati durian yang sedap.
Taman Rimba Kenong
Taman Rimba Kenong merupakan hutan hujan tropika yang masih belum diteroka seluas 123 kilometer persegi dalam Daerah Lipis, Pahang. Ia terletak di Lembah Kenong dan berkongsi dengan Taman Negara di bahagian utara dan timur. Taman ini juga merupakan salah satu tempat menarik di Kuala Lipis.
Walaupun taman ini dibuka kepada orang awam, kebanyakan kawasan taman ini masih lagi belum diterokai sepenuhnya. di sini anda dapat melihat pelbagai flora dan fauna, dari cendawan hinggalah pokok yang berpuluhmeter tingginya, dan katak bersaiz 1 sm hinggalah ke gajah.
Keindahan alam yang belum tercemar, mempunyai lanskap semulajdi yang masih belum di terokai serta terkenal dengan keindahan dan keunikan gua batu kapur menjadikannya saah satu destinasi tumpuan pelancong. Antara gua batu kapur yang terdapat di sini adalah Gua Batu Tinggi, Gua Batu Tangkup, Gua Batu Telahup, Gua Kesong, Gua Buta, Gua Harimau dan Gua Hijau. Disamping itu anda dapat menghayatai suasana hutan dengan mendengar bunyi cengkerik dan burung enggang. pasti anda dapat menenangkan fikiran apabila melancong disini kerana keadaan yang berbeza daripada suasana kota.
Mossy Forest
Cantik dan misteri. Persekitaran yang agak 'creepy' atau mistik di Hutan Berlumut juga dikenali sebagai Mossy Forest tidak ubah seperti memasuki terowong masa ke alam yang digambarkan dalam filem Lord Of The Rings atau Alice in Wonderland.
Disebabkan keindahan dan keunikan rupa bentuk dan flora serta faunanya yang mistik serta terletak di ketinggian kira-kira 1,9999 meter (6,561 kaki), maka ia pernah dijadikan lokasi penggambaran filem Puteri Gunung Ledang membabitkan babak Laksamana Hang Tuah (lakonan Datuk M Nasir) bertemu dengan Puteri Gunung Ledang (Datin Seri Tiara Jacquelina) pada tahun 2004.
Hutan berlumut ini adalah satu daripada anugerah alam yang paling unik di Pahang dan terletak di Cameron Highlands yang patut dipulihara bagi tatapan generasi akan datang.
Ia dipenuhi dengan lumut menghijau dari lantai hutan ke puncak pokok memberikan pemandangan yang cantik dan mendamaikan selain pepohon yang tumbuh adalah sangat tebal. Suasana lagi menarik di sebelah pagi apabila berkabus, lembap dengan hanya sedikit pancaran cahaya matahari singgah ke lantai hutan menyebabkan permukaan tanahnya seperti hamparan permaidani.
Terdapat juga pelbagai jenis fauna dan flora termasuk anggerik liar, periuk kera, tumbuhan aktoparasit tanah tinggi, kacip fatimah yang menjadi tumpuan lensa jurugambar dan pendaki untuk merakamkan keunikan hutan
(Sumber : Majlis Daerah Lipis, Berita Harian, The Star)